Farsyah Service Gallery: Sumbangan Dari FSG

Custom Glitter Text

Farsyah Service Gallery

...Laksanakan Impian Anda Disini...

Isnin, 18 Julai 2011

Sumbangan Dari FSG



Ahad lepas 17 Julai 2011, FSG telah menyumbangkan 150 pcs Bananas Muffin Chip dan Dadih kepada Warga Emas (Nur Ehsan) di Jalan Denai, Johor Bahru... Terima Kasih kepada En Jamaluddin Mansor (Wakil NGO Johor Bahru) kerana sudi menjemput Farsyah Service Gallery menyertai Program Kemasyarakatan seperti ini... Tidak lupa jua terima kasih yang tidak terhingga buat Cik Azlina & Puan Hazami kerana bersama-sama bekerjasama dalam menyiapkan sumbangan ini...

Hanya termampu dari kami menyediakan Muffin & Dadih sahaja untuk semua rombongan & Warga Emas (Nur Ehsan). Semoga pak cik & mak cik yang berada disana terhibur dengan kedatangan kami... Tapi post saya yang ini cuma download gambar Muffin & Dadih dahulu ye... Nanti saya update lak gambar-gambar di sekitar Nur Ehsan...






Alhamdulillah dengan rasa bersyukurnya kehadrat Ilahi, akhirnya dapat jua FSG dan rakan-rakan FSG menyiapkan sumbangan ini untuk diberikan kepada Nur Ehsan... Hilang sebentar penat badan ini apabila melihat Pak Cik & Mak Cik yang berada disana makan Muffin & Dadih kami... Satu pengalaman yang terlalu berharga untuk diri ini... Sedihlah......... huhuhuhuu....



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama



Lady Bug Note Generators