Farsyah Service Gallery: Oktober 2011

Custom Glitter Text

Farsyah Service Gallery

...Laksanakan Impian Anda Disini...

Ahad, 30 Oktober 2011

Produk Baru FSG (Kraftangan Felt)

Alhamdulillah... Sesi belajar telah tamat... Akhirnya FSG mampu menghasilkan beberapa produk dari Kain Felt... Terima kasih kepada Pn. Norzie kerana sudi mengajar saya... Apapun ilmu ini amat berguna untuk saya & jua Farsyah Service Gallery...


Baru habis belajar... Jom cuci mata tengok hasil tangan saya buat... hehehehehe...





Ni dia... Angry Birds With Sweety Love... Cantik tak??? Jom tengok Handphone Case pulak...





Tarak !!!!!!!! Comel tak... Ini special untuk Nepnew saya yang gugurl... Now cuci mata tengok Lovely Flower lak ea....





Alhamdulillah... Siap sejambak bunga khas untuk Bonda kesayanganku... Pn.Rafiah... Mummy see your daughter can do it... hihihihihi....


Baru Habis Belajar... Dah dapat tempahan??? Alhamdulillah... Nantikan kraftangan felt yang seterusnya... Anda pon nak order ke?  Apa lagi hubungi saja kami di talian 019-7846829.... Talian phone yang sentiasa HOTLINE.. hehehehe...

Label:

Unique Box Besday Order From Pn.Lizah

Wah!!! Selalu kita lihat box readymade yang telah digubahkan.. Tapi kini, kami terima panggilan dari seorang customer yang inginkan kelainan dalam besday beliau... Dia tak lain tak bukan... Pn. Lizah dari Segamat... Thanks ye... Beliau telah order Unique Box ini bersama dengan Apam Polkadot sebanyak 50pcs untuk diberikan kepada rakan-rakan ofis beliau... Semoga Pn. Lizah berpuas hati dengan perkhidmatan kami ye...





Perempuan... Mestilah pilihan color yang softkan... Thanks ye Pn.Lizah... Semua ini dah selamat diposkan pada Khamis lepas... (27 Oct 2011)... Suka tak... Hehehehe... Ada yang ingin order??? Jomlah... hehehehehe

Label:

Pn. Ain...Tempahan Apam Polkadot & Kek Pisang

Ni dia.... minggu sibuk saya sudah kembali... mesti pelikkan, hehehhee... saya pon ada minggu sibuk mcm anda semua... Apapun, Alhamdulillah... saya dapat menyiapkan tempahan dari Kawan Kolej saya dulu... Pn.Ain.. Jom cuci mata jab ye...






Thanks ye Ain... Tempahan ini adalah untuk kenduri kesyukuran kerana anak Ain baru keluar hospital.. Apapun kami di Farsyah Service Gallery sentiasa mendoakan semua anak Ain berada dalam keadaan sihat wal'afiat...

Label:

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tempahan Apam Polkadot 2000 pcs

Hohohohoho... Akhirnya saya perlu ambil cuti emergency kerana terpaksa menyiapkan tempahan dari Puan Sofia, Apam Polkadot untuk majlis perkahwinan adik lelaki beliau... Tahniah ye kepada pengantin... Maaf, xtanya la pula nama pengantinnya siapa.... hehehehe...

Jom cuci mata sebentar...



Inilah serba sedikit pic Apam Polkadot yang telah siap dikukus... Belum packing lagi, sebab tengah panas... Hehehe... Terima kasih Puan Sofia...



Label:

Tempahan Dari Puan Halieda...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang pertama buat Halieda & Rashid...

Beliau telah menempah Butter Cake Coklat, Blueberry Cake, Apam Polkadot & Angry Birds...
Amik die!!! Pakej terus ni... Hehehehe....



Ini dia tempahannya Puan Halieda... Dah Siap...


Ini Kek Blueberry... Yummy2... Sengaja buat dua kek sebab, takut berebut dengan bebudak kecil, nak tiup lilin gak... hihihihihi...


Ini pulak Butter Kek Coklat... Emmm... Ada Nuts lagi... Sedapnya...



Apapun terima kasih kerana sudi membuat tempahan di Farsyah Service Gallery....



Label:

Kisah Angry Birds

Hai... Selamat Datang ke kelab Angry Birds..


Harini kite akan bercerita mengenai Angry Birds & Kengkawannya... Hihihi... Sesuka ati je kan....
Tak pe, pertama saya akan kenalkan Ketuanya dulu ye...

"... Sayalah ketua Angry Birds...Hahahaha... Garang x, saya??? Mari saya kenalkan kengkawan saya yang lain pula... "


Ini lah kengkawan saya yang selalu bersama saya...
Kami adalah Angry Birds Team...... Yeahhhhhhhhh !!!!!!!!



Akhirnya kami telah di packing untuk dihantar kepada tuan baru kami... Sedihnya kami.... Apapun terima kasih kepada tuan baru kami yang telah membeli kami...


Hehehehehe... Inilah kisah kami di Angry Birds Team... Terima kasih kepada Puan Suhana kerana sudi menempah Angry Birds di FSG.. Lenkali order lagi ye...



Label:

Apam Polkadot Hanya RM0.22 sen saja!!!

Emmm... Mungkin harga yang kami tawarkan agak murah kot... Alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus... Setiap minggu ada saja tempahan Apam Polkadot dari pengunjung Farsyah Service Gallery ini...

Salah sorangnya, terima kasih Puan Lina kena sudi menempah Apam Polkadot sebanyak 300 pcs di Gallery kami ni...






Siap jua tempahan ini... Terima kasih... Lenkali order lagi ye...


Label:

Tempahan 1000pcs Apam Polkadot

Alamak... Maaf ye... Lupa lah nama yang order tu... Kalau tak silap namanya Liza... Betul ka??? Hehehehe... Ini dia Apam Polkadot tempahan dari anda... Kami berjumpa di Kipmart Tampoi.... Seronok dapat siapkan tempahan ini seperti masa yang telah ditetapkan...



Dah siap di packing... Tinggal nak hantar je ni... Terima kasih ye....



Label:

Tempahan Polkadot, Angry Birds & Lady Birds

Emmmm... Need to sorry kat my lovely mummy coz tak dapat join gi rumah nenek arini... Saya perlu siapkan tempahan pelanggan FSG... To Puan Ratna, Taman Universiti... Tempahan awak dah siap... Jumpa di Angsana ye... Terima kasih kerana sudi menempah di Farsyah Service Gallery.


Siap 500 pcs semuanya... 100pcs Angry Birds, 100pcs Ladybirds dan 300pcs Apam Polkadot.




Terima kasih atas kepercayaan ini... Semoga anda berpuas hati semua...




Label:

LadyBirds Teman Kami

Hello.... Ini tempahan untuk majlis hari jadi... Harini kita tengok pulak gelangat Ladybirds...
Pelbagai color... Ceria sangat...



Terima kasih Kak Ila... Sudi menempah Ladybirds ini untuk majlis harijadi puteri nya....

Semoga terhibur semua...



Label:

Apam Bee



Apam Bee pun tak kurang hebat POPOLAR nya tau...

Apam ni memang sweet... Kalau harijadi anak saya nanti... semua jenis Sweet Apam saya buat... Hehehehe...
Harga??? Tak mahal lah...

Pek Percubaan - 45 pcs (RM 18.00)
Harga Borong - 200 pcs dan keatas (RM 0.30/pcs)

Jomlah menempah di Farsyah Service Gallery...

Pasti tak rugi... 


Sangat-sangat menghiburkan pembeli macamni...
Singgahlah membeli belah ye...



Label:

Jumaat, 21 Oktober 2011

Handmade Paper Box (B7)

Kami di FSG sentiasa inginkan sesuatu pembaharuan... Jika anda diluar sana inginkan kelainan dalam souvenir untuk tetamu anda... Kunjungilah kami di Farsyah Service Gallery... Kini perkenalkan Special Box (Candy Piramid Box).

Candy Piramid Box

Amat sesuai untuk anda yang inginkan kelainan... Candy Piramid Box ini bukan saja untuk Majlis Perkahwinan.. Anda jua boleh menempahnya untuk Majlis Pertunangan, Harijadi, Anniversary, Annual Dinner dan sebagainya... Kami tiada minimum order... Anda boleh order mengikut kemampuan anda...

Harga adalah  seperti dibawah :-

RM 1.20 = Tempahan kurang dari 350pcs

RM 0.90 = Tempahan 350pcs hingga 499pcs

RM 0.60 = Tempahan 500pcs dan keatas...

*** PERHATIAN : CAndu Piramid Box ini dilengkapi dengan reben & tag nama anda.. Ianya tidak termasuk makanan seperti gambar diatas.
Kami hanya menggunkankan warna hitam sahaja untuk corak kotak ini... Harap maklum.


Sebarang kemusyikalan, sila hubungi kami melalui email : farsyahsg@gmail.com atau melalui telefon di talian 019-7846829 (Pn.Farra).. Laksanakan Impian Anda Disini....


Terima Kasih


Label:

Handmade Paper Box (B6)

Kami di FSG sentiasa inginkan sesuatu pembaharuan... Jika anda diluar sana inginkan kelainan dalam souvenir untuk tetamu anda... Kunjungilah kami di Farsyah Service Gallery... Kini kami ade Special Box (Invite Box).

Invitation Box


Amat sesuai untuk anda yang inginkan kelainan... Invatation Box ini bukan saja untuk Majlis Perkahwinan.. Anda jua boleh menempahnya untuk Majlis Pertunangan, Harijadi, Anniversary, Annual Dinner dan sebagainya... Kami tiada minimum order... Anda boleh order mengikut kemampuan anda...

Harga adalah  seperti dibawah :-

RM 2.50 = Tempahan kurang dari 350pcs

RM 2.00 = Tempahan 350pcs hingga 499pcs

RM 1.50 = Tempahan 500pcs dan keatas...

*** PERHATIAN : Invitation Box ini dilengkapi dengan kad jemputan, reben & tag nama anda.. Ianya tidak termasuk rekaan map anda... Jika anda ingin kami sediakan lakaran maps sekali, sila emailkan lakaran anda.
Kami hanya menggunkankan warna hitam sahaja untuk corak & kad jemputan... Harap maklum.


Sebarang kemusyikalan, sila hubungi kami melalui email : farsyahsg@gmail.com atau melalui telefon di talian 019-7846829 (Pn.Farra).. Laksanakan Impian Anda Disini....


Terima Kasih


Label:

Khamis, 20 Oktober 2011

Paper Bags ReadyMade (P1)

Readymade Paper Bags (P1)


Harga 1 Unit = RM 0.30 (Untuk pembelian 349 pcs dan kebawah)

Harga 1 Unit = RM 0.22 (Untuk pembelian 350 pcs dan keatas)

Tiada minimum order.. Anda boleh order seberapa banyak yang @ sikit yang anda mahu...

Pilihan : Anda boleh membuat pilihan warna kertas tag & warna reben mengikut tema anda.. Harga diatas termasuk harga reben dan jua tag nama anda & pasangan anda. Size adalah seperti yang anda lihat di dalam gambar... 

Paper bags ini muat untuk mengisi Kain / Baju.

Cadangan : boleh letak candy, coklat homemade @ kuih muih dsb...


Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami ditalian 019-7846829 @ emailkan ke farsyahsg@gmail.com.
Tempahan yang melebihi sehingga 350 pcs dan keatas perlu membuat order 2 minggu awal dari tarikh yang anda mahukan..

Label:



Lady Bug Note Generators